Harga Runcit Diesel, RON97 & RON95 Tanpa Subsidi Turun 2 Sen Seliter

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2025 • 5:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Harga Runcit Diesel, RON97 & RON95 Tanpa Subsidi Turun 2 Sen Seliter

Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit beberapa produk petroleum akan diselaraskan bagi tempoh 27 November hingga 3 Disember 2025, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut kenyataan itu, harga runcit RON97 diturunkan sebanyak 2 sen kepada RM3.26 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turut diturunkan sebanyak 2 sen kepada RM2.63 seliter. Bagi diesel di Semenanjung Malaysia, harga runcitnya turun 2 sen kepada RM3.08 seliter.

Dalam masa sama, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter. Manakala, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” maklum kenyataan itu.