Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

5 Feb 2025 • 7:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga kekal pada paras RM3.18 seliter sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kementerian itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved