
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan satu penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia di mana harga petrol RON95 akan diturunkan menjadi RM1.99 sen seliter sebaik sahaja penyasaran subsidi dilaksanakan.
RON95 INI KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA SAHAJA. Bagaimanapun, isu ketirisan minyak petrol bersubsidi terbabit yang digunakan oleh kenderaan negara jiran masih lagi berlaku sejak dahulu sehingga hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video dan gambar yang memaparkan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing dengan suka hati mengisi minyak RON95.
Baca Artikel Berkaitan: “First World Country Tapi Rembat Minyak Subsidi” – Netizen Berang Pemandu Singapura Isi RON95 Lagi
Tular kereta mewah nombor plate Singapura didakwa isi minyak RON95
Terbaharu, tular pula gambar yang memaparkan sebuah kenderaan mewah jenis MINI Cooper One dengan nombor pendaftaran Singapura didakwa mengisi minyak RON95.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook SGRV Front Man, kejadian dikatakan berlaku di salah sebuah stesen minyak di Nusa Sentral, Johor Bahru sekitar jam 6.30 petang semalam (3 Ogos).
Difahamkan, RON95 pada ketika ini RM2.05 sen seliter adalah tiga hingga empat kali ganda lebih murah berbanding harga minyak petrol di negara jiran itu.
Siap tapau RON95, nak bawa pergi mana tu?
Di dalam gambar terbabit, turut kelihatan lelaki dipercayai pemandi MINI One itu mengisi minyak bersubsidi tersebut ke dalam sebuah bekas.
Namun, tidak dapat dipastikan minyak yang ditapau itu ingin dibawa pulang ke negaranya atau mungkin pemandu berkenaan ingin membantu pengguna jalan raya yang kehabisan minyak di tepi jalan.
Pengusaha stesen minyak boleh dikenakan tindakan jika benarkan kenderaan asing isi RON95
Untuk info, pengusaha stesen minyak boleh dikenakan tindakan sekiranya membenarkan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing mengisi RON95.
Seperti sebelum ini, sebuah stesen minyak di Melaka berdepan denda sehingga RM1 juta ringgit selepas tular wargaa asing menggunakan RON95.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dam Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, tindakan dijalankan mengikut Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Jelasnya, pengusaha stesen minyak tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Netizen beri pelbagai reaksi, ramai yang kecam sikap pemandu Singapura suka rebat RON95
Sementara itu, memindai ke ruangan komen pada hantaran terbabit, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi.
Kebanyakan netizen dipercayai rakyat Malaysia termasuk segelintir rakyat Singapura mengecam tindakan lelaki berkenaan mengambil minyak petrol bersubsidi di negara ini.
Tidak kurang juga yang meminta agar pihak berkuasa memperketatkan lagi kawalan RON95 dan mengambil tindakan tegas.




Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing Berdepan Denda RM1 Juta & Penjara
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Singapura Perlu Bayar Saman Sebelum Keluar Malaysia – MOT [Video]


![Art Of Speed 2025 Dapat Sambutan Luar Biasa! Ribuan Pengunjung Serbu MAEPS [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)