Saga MC3 2026 Turut Dilengkapi Ciri Carplay & ADAS – Upgrade Paling Berani Saga Setakat Ini
Harga Saga Baru MC3 2026 Bermula Serendah RM39,990 di Sabah Sarawak. (**harga selepas rebat khas RM 1,000). Sedar tak sedar, PROTON Saga sudah menginjak usia 40 tahun, menjadi ikon permulaan automotif Malaysia sejak tahun 1985. Tetapi, model Saga Serba Baharu MC3 yang baru dilancarkan semalam, 27 November 2025 bukan lagi sekadar kereta ikonik. Ia adalah game-changer untuk segmen sedan kompak.
Dengan slogan “Intelligence That Thrills”, PROTON telah membawa teknologi yang biasanya hanya anda jumpa pada kereta yang lebih mahal dan meletakkannya dalam pakej yang sangat mampu milik.

Persoalannya: Jika anda berada di Sabah atau Sarawak dan sedang menimbang antara Saga baharu dengan pesaing terdekatnya (yang kita semua tahu 🫣), adakah Saga Baharu MC3 ini benar-benar berbaloi?
Jawapannya: Ya, dan ini 6 sebab utama mengapa Saga Baharu MC3 ini adalah upgrade yang anda wajar anda pertimbangkan.
6 Upgrade Utama Saga Baru MC3 2026 yang Bernilai Lebih RM12,000 dari Model Sebelumnya
1. Keselamatan yang Melangkaui Segmen: 6 Beg Udara & ADAS Level 1
Ini adalah game-changer mutlak dalam segmen ini:
- Ciri Keselamatan 6 Beg Udara: Varian Premium kini hadir dengan 6 Beg Udara SRS. Lebih hebat lagi, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Level 1 dengan 9 fungsi. Ciri-ciri seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) dan Rear Collision Warning (RCW) (amaran pelanggaran belakang) adalah unik dalam kelasnya.
- Ciri Keselamatan yang Tidak Ditawarkan oleh Pesaing Terdekat: Kebanyakan pesaing terdekat di segmen yang sama lazimnya menawarkan dua beg udara sahaja, menjadikan perlindungan pasif Saga lebih unggul.


2. Penjimatan Bahan Api (Fuel Efficiency)
Di sinilah pertempuran sebenar berlaku, terutamanya untuk pengguna yang sering memandu jauh di lebuh raya Borneo. Berdasarkan spesifikasi penjimatan minyak Saga Baru MC3 2026 baharu ini, kami bandingkan terus dengan model sedan kompak pesaing terdekat yang terkenal dengan penjimatan minyak.
Walaupun hanya kurang 0.4 L/100 km berbanding Bezza AV, Saga menawarkan ciri keselamatan (ADAS/6 Airbags) dan kuasa yang jauh lebih baik dalam lingkungan harga yang sama, sambil masih mencatatkan peningkatan FC sebanyak 14.04% berbanding Saga lama.

3. Platform Rangka Yang Lebih Teguh: RESS dengan HPF
Saga Baru MC3 2026 juga dibina berasaskan Advanced Modular Architecture (AMA) dan menggunakan Proton Reinforced Safety Structure (RESS) dengan komponen Hot Press Forming (HPF).
- Penggunaan HPF pada Saga menjadikannya model segmen-A pertama di Malaysia dengan ketegaran struktur yang dipertingkatkan, menawarkan ketahanan dan perlindungan yang lebih baik dalam perlanggaran. Ini adalah kelebihan kualiti binaan yang ketara.
Menurut Proton juga, mereka bakal menghasilkan lebih banyak kenderaan pelbagai kelas menggunakan struktur AMA pada masa akan datang bagi memenuhi visi untuk menembusi pasaran global yang lebih meluas.
4. Enjin dan Transmisi yang Lebih Bertenaga (1.5L i-GT + CVT)
Saga kini dilengkapi dengan enjin baharu 1.5 i-GT yang dipadankan dengan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT).
- Enjin 1.5L ini bukan sahaja berkuasa, tetapi gandingan dengan CVT memberikan pemanduan yang jauh lebih lancar berbanding transmisi Automatik 4-Kelajuan (4 E-AT).
Dengan ciri-ciri enjin dan alat yang optimum ini, Proton Saga menjanjikan kos penjagaan yang terendah dalam kelas kenderaan sedan segmen-A.

5. Kepintaran Optimum & Connectivity Tanpa Wayar (Wireless)
- Saga MC3 2026 varian Premium dan Executive didatangkan dengan Paparan Skrin Dwi-Bersepadu 16 inci baharu yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
- Ciri wireless CarPlay/Android Auto ini adalah kelebihan ‘Kepintaran Optimum’ Saga yang memudahkan navigasi dan hiburan seharian.
6. Harga OTR Mampu Milik (Sambil Dapat Ciri Premium)
Saga MC3 2026 dijual pada harga yang sangat kompetitif. Bagi anda yang membeli Saga MC3 2026 ini sebelum 31 Disember 2026, anda juga akan mendapat rebat sebanyak RM 1,000.
Berikut adalah perincian harga OTR (Tanpa Insurans) di Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dan nilai insurans yang disyorkan:
Nota Mengenai Harga Dengan Insurans: Harga OTR di atas adalah TANPA INSURANS. Premium insurans adalah tertakluk kepada kadar yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Walau bagaimanapun, anda boleh menganggarkan kos ‘On The Road Dengan Insurans’ berdasarkan Recommended Sum Insured yang sangat hampir dengan harga OTR tanpa insurans.
Harga Anggaran Termasuk Cukai Jalan dan Insurans


Adakah Saga MC3 Baharu Ini Berbaloi?
Dalam pertempuran sengit sedan kompak, Saga Baharu MC3 ini memberikan nilai yang sukar ditandingi, apatah lagi dengan penambahbaikan ciri premium yang masih dijual dengan harga yang masih mampu milik.
Secara keseluruhan, Saga jelas berada di hadapan dari segi keselamatan (6 Airbags, ADAS Level 1), kualiti binaan (HPF RESS), dan kuasa enjin (1.5L).
Bagi pengguna di Sabah dan Sarawak, Saga MC3 baharu adalah pilihan yang pintar kerana ia memberikan perlindungan maksimum dan kuasa yang lebih baik pada harga yang sangat mampu milik, sambil mengekalkan kecekapan bahan api yang sangat kompetitif.
Jika Saga MC3 baharu ini menepati kriteria pemanduan anda di Borneo, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran Pro-Trade-in (sokongan overtrade sehingga RM1,500) atau Pro-Finance (kadar pembiayaan menarik bermula dari 2.6%) di cawangan Proton yang terdekat. Semua tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2025.
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen platform kami.
Lagi artikel menarik berkaitan Proton yang pernah kami terbitkan sebelum ini:
PROTON Semarakkan Kaamatan di Sabah Menerusi Siri Mini ‘SAGA: Ikon Suara Sabah’
Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia Bakal Diabadikan Jadi Koleksi Hot Wheels
