Harga saham LSH Capital dibuka 3 sen lebih tinggi selepas berpindah ke Papan Utama Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 9:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Harga saham LSH Capital dibuka 3 sen lebih tinggi selepas berpindah ke Papan Utama Bursa Malaysia Image from: Harga saham LSH Capital dibuka 3 sen lebih tinggi selepas berpindah ke Papan Utama Bursa Malaysia amree08/10/2026 - 09:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Okt — Harga saham Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital) dibuka lebih tinggi pada hari pertama dagangan di Papan Utama Bursa Malaysia selepas berpindah daripada Pasaran ACE.

 

Saham syarikat pembinaan itu dibuka pada RM1.78, meningkat tiga sen atau 1.71% berbanding harga penutup RM1.75 pada 7 Oktober 2026, mencerminkan peningkatan profil syarikat dalam pasaran modal.

 

Perpindahan ke Papan Utama dilaksanakan selepas syarikat berkenaan memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 2 Oktober 2026 menerusi proses perpindahan dipercepatkan.

 

Langkah berkenaan membolehkan LSH Capital dapat berpindah ke Papan Utama tanpa menawarkan apa-apa saham baharu kepada pelabur, berbeza daripada proses tawaran awam permulaan (IPO) konvensional.

 

Sebaliknya, saham sedia ada syarikat tersebut dipindahkan terus daripada Pasaran ACE ke Papan Utama selepas kumpulan memenuhi segala keperluan kewangan dan penyenaraian yang ditetapkan bursa.

 

LSH Capital_DagangNews2026

 

Berdasarkan kepada rekod sejarah, LSH Capital sebelum ini pernah berpindah daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE pada Mac 2025, selepas sahamnya itu disenaraikan di Pasaran LEAP sejak Julai 2021.

 

Dari segi prestasi kewangan, kumpulan merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) terkumpul RM238.52 juta bagi tiga tahun kewangan terbaharunya, termasuk RM102.08 juta pada tahun kewangan terbaharu.

 

Pencapaian tersebut jauh melepasi syarat minimum keuntungan terkumpul sebanyak RM30 juta bagi tempoh selama tiga tahun, termasuk sekurang-kurangnya RM15 juta pada tahun kewangan terbaharu.

 

Di samping itu, LSH Capital turut didapati memenuhi syarat permodalan pasaran apabila kumpulan berkenaan dapat mengekalkan nilai pasaran yang melebihi RM1 bilion sejak September 2025.

 

Menurut kenyataannya sebelum ini, perpindahan ke Papan Utama akan mengukuhkan lagi profil korporat serta mencerminkan skala perniagaan, kedudukan kewangan dan rekod prestasinya kepada pelabur.

 

Pada masa sama, nama pendek saham LSH dan kod saham 0351 masih kekal tidak berubah selepas perpindahan berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved