Saham SLGC dibuka 28 sen pada hari pertama dagangan di Pasaran ACE

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 10:46 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Saham SLGC dibuka 28 sen pada hari pertama dagangan di Pasaran ACE Image from: Saham SLGC dibuka 28 sen pada hari pertama dagangan di Pasaran ACE hamden06/10/2026 - 10:46 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Okt - Saham SLGC Bhd dibuka tidak berubah pada 28 sen sesaham pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

 

Saham kontraktor pembinaan berpangkalan di Johor itu didagangkan pada 25 sen sekitar 9.10 pagi, dengan lebih 34 juta saham bertukar tangan.

 

Pada harga tersebut, SLGC mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM140 juta.

 

Menjelang penyenaraian, saham SLGC terlebih langgan lebih tiga kali oleh pelabur runcit, manakala sebahagian daripada tawaran awam permulaan (IPO) kurang mendapat langganan dan terpaksa diperuntukkan semula kepada pelabur lain.

 

Pengarah Urusan SLGC, Yong Zheng Lin berkata, selepas disenaraikan, keutamaan syarikat adalah untuk terus memperkukuh perniagaan sambil mengekalkan disiplin dalam strategi pertumbuhan.

 

“Dengan SLGC kini disenaraikan, keutamaan kami adalah untuk terus memperkukuh perniagaan sambil kekal berdisiplin dalam cara kami berkembang dan kami berhasrat untuk terus meningkatkan cara kami menyampaikan perkhidmatan,” katanya dalam ucapan pada majlis penyenaraian.

 

SLGC merupakan kontraktor pembinaan bangunan bertaraf G7 yang memulakan operasi pada 2009 di bawah nama SLG Construction Sdn Bhd sebelum diperbadankan pada 2024.

 

Syarikat itu turut mempunyai pejabat operasi di Taman Gembira, Kuala Lumpur.

 

Aktiviti utama SLGC merangkumi perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan bagi projek kediaman serta bukan kediaman, dengan pelanggannya terdiri daripada pemaju hartanah dan pemilik bangunan di Malaysia.

 

Melalui IPO itu, SLGC mengumpulkan kira-kira RM29.4 juta, manakala RM17.64 juta lagi diperoleh empat pemegang saham penjual termasuk Yong dan isterinya, Chew Ka Yan.

 

Pengarah projek syarikat, Liong Yang Herng, dan pengarah kontrak, Loo Chun Kok, turut menjual sebahagian pegangan masing-masing dalam SLGC.

 

Daripada hasil IPO, RM9.2 juta diperuntukkan untuk pembelian jentera dan peralatan pembinaan, RM7.6 juta bagi pembayaran balik pinjaman bank dan RM7.5 juta untuk modal kerja am.

 

Baki hasil IPO akan digunakan bagi menaik taraf perisian serta menampung perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

 

M&A Securities Sdn Bhd bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved