Harga Tak Masuk Akal, Bilik Kapsul RM290 Dapat Tilam & ‘Aircond’ Je!

LocalEntertainment
9 Mar 2023 • 3:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penduduk di Kuala Lumpur ataupun Selangor, pasti tahu betapa sukarnya untuk mencari rumah sewa ataupun bilik sewa dengan harga yang berpatutan.

Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan yang dimuat naik oleh @gozghoz yang memaparkan beberapa gambar bilik sewa yang dipercayai berada di sekitar kawasan Cyberjaya.

image is not available

Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat bilik yang ditawarkan bersaiz kecil seakan-akan kapsul yang hanya berkeluasan 35 kaki persegi serta dilengkapi dengan tilam dan aircond sahaja.

Apa yang membuatkan netizen hairan adalah harga yang diletakkan oleh pemilik, dikatakan seperti tidak masuk akal kerana mencecah harga setinggi RM290 sebulan.

image is not available

Walaubagaimanapun, ada warganet yang mengatakan bahawa bilik sewa tersebut boleh dijadikan pilihan terakhir jika seseorang itu terdesak kerana pemilik berkenaan tidak mengenakan bayaran deposit terhadap penyewanya.

Dalam sebuah perkongsian lain, seorang pengguna Twitter telah berkongsi keadaan bilik sewanya, dipercayai terletak di sekitar kawasan Cheras yang hanya dilengkapi dengan katil dan sebuah kipas. Bagaimanapun, dipercayai harga sewaan untuk bilik tersebut mencecah sehingga harga RM350.

“Ingat reban ayam ke apa?” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan harga yang ditetapkan dan ramai yang mempersoal saiz keluasan bilik berkenaan yang dianggap seperti bilik mayat.

image is not available

Kalau bilik sewa saiz macam ni korang rasa patut ke dengan harga yang ditetapkan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.