Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah mengumumkan kadar tambang tren ECRL bermula dari Gombak hingga ke Kota Bharu yang dijangka bakal beroperasi pada pertengahan Disember 2026.
Kadar tambang ini diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu menerusi pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.
Untuk peringkat permulaan, sekitar 2.2 juta tempat duduk disediakan sepanjang 2027.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai harga tambang ini.
Mengenai ECRL
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo baru yang akan menghubungkan Kota Bharu, Kelantan di Pantai Timur ke Pelabuhan Klang, Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Laluan tren ini adalah sejauh 665km ini akan melalui lima negeri dan satu wilayah persekutuan, dan terbahagi kepada tiga seksysen iaitu Seksyen A (Kota Bharu – Dungun), Seksyen B (Dungun – Mentakab) dan Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang).
Tren ini merangkumi 20 stesen, terdiri daripada 10 stesen penumpang dan 10 stesen yang menggabungkan perkhidmatan penumpang serta kargo.
Selain itu, tren ini akan meningkatkan kesalinghubungan di antara negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Kelajuan ECRL
Kelajuan tren ECRL adalah pada 160 km/j, manakala kereta api barang beroperasi pada kelajuan maksimum 80 km/j.
Ini bermakna, ia bakal mengurangkan masa perjalanan darat dari Kota Bharu ke kawasan Lembah Klang dari 7 jam kepada 4 jam.

Reka Bentuk Tren ECRL
Reka bentuk tren luaran dan dalaman tren ECRL ini telah diilhamkan daripada seni tradisi dan kebudayaan Malaysia yang dihasilkan menerusi sesi libat urus dan idea bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Input reka bentuk lain juga diperolehi hasil daripada pertandingan reka bentuk yang dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM).
Sekali imbas, tren ini menggunakan kombinasi warna putih dan biru dengan motif corak batik pada bahagian sisi badan dan sentuhan dalaman tren.
Selain itu, landasan ECRL menggunakan piawaian standard gauge menjadikan ruang dalaman tren adalah lebih luas, lebar, dan selesa berbanding tren KTM komuter biasa yang menggunakan meter gauge.



Senarai Stesen ECRL
Berikut adalah senarai stesen tren ini mengikut negeri:
i- KELANTAN
- Kota Bharu
- Pasir Puteh
- Jerteh
- Bandar Permaisuri
- Kuala Terengganu
- Dungun
- Kemasik
- Chukai
iii- PAHANG
iv- SELANGOR
- Terminal Bersepadu Gombak
- Bandar Serendah
- Puncak Alam
- Kapar
- Jalan Kastam (Port Klang)
Senarai Harga Tambang Tiket ECRL
Senarai harga tambang ECRL bagi 4 stesen utama Kelas Ekonomi ialah seperti yang diumumkan berikut:
LALUAN EKSPRES :
- Gombak-Kota Bharu: RM147.00 (sehala)
- Gombak-Kuala Terengganu: RM110.00 (sehala)
- Gombak – KotaSAS: RM68.00 (sehala)
LALUAN TRANSIT :
- Gombak-Kota Bharu: RM125.00 (sehala)
- Gombak-Kuala Terengganu: RM95.00 (sehala)
- Gombak – KotaSAS: RM60.00 (sehala)

KADAR TAMBANG ECRL Kelas Ekonomi Laluan Transit (Berhenti di setiap stesen)
LALUAN TRANSIT ECRL :
- Gombak – Kota Bharu (523 km): RM 125.00 SEHALA
- Gombak – Pasir Puteh (490 km): RM 118.00 SEHALA
- Gombak – Jerteh (473 km): RM 114.00 SEHALA
- Gombak – Bandar Permaisuri (436 km): RM 107.00 SEHALA
- Gombak – Kuala Terengganu (378 km): RM 95.00 SEHALA
- Gombak – Dungun (317 km): RM 82.00 SEHALA
- Gombak – Kemasik (285 km): RM 75.00 SEHALA
- Gombak – Chukai (256 km): RM 69.00 SEHALA
- Gombak – Cherating (246 km): RM 67.00 SEHALA
- Gombak – Kuantan Port City (222 km): RM 62.00 SEHALA
- Gombak – KotaSAS (209 km): RM 60.00 SEHALA
- Gombak – Paya Besar (186 km): RM 55.00 SEHALA
- Gombak – Maran (127 km): RM 42.00 SEHALA
- Gombak – Temerloh (91 km): RM 35.00 SEHALA
- Gombak – Bentong (40 km): RM 24.00 SEHALA
- NOTA:
- Kadar yang sama terpakai bagi perjalanan ulang alik.
- Kadar tambang ditetapkan melalui mekanisma tambang dinamik.
- NOTA:

Perbezaan Laluan Transit vs Laluan Ekspres
Laluan Ekspres
- Hanya berhenti di 4 stesen utama / hab sahaja iaitu :
- Gombak
- KotaSAS (Kuantan)
- Kuala Terengganu
- Kota Bharu
- Lebih pantas dan menjimatkan masa perjalanan.
- Anggaran masa perjalanan Gombak ke Kota Bharu cuma mengambil masa 4 jam.
- Sesuai untuk penumpang jarak jauh yang mahukan perjalanan terus (direct) antara bandar-bandar utama dengan cepat.
Laluan Transit
- Berhenti di semua 15 stesen iaitu
- Kota Bharu
- Pasir Puteh
- Jerteh
- Bandar Permaisuri
- Kuala Terengganu
- Dungun
- Kemasik
- Chukai
- Cherating
- Kuantan Port City
- KotaSAS
- Paya Besar
- Maran
- Temerloh
- Bentong
- Mengambil masa lebih lama kerana berhenti di setiap stesen.
- Sesuai untuk penumpang yang hendak berulang-alik ke stesen-stesen kecil atau perhentian di kawasan antara daerah.

Perbezaan Harga Laluan Transit vs Laluan Ekspres ECRL
| Destinasi | Laluan Transit (Berhenti Setiap Stesen) | Laluan Ekspres (Hentian Utama Sahaja) (Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu, Kota Bharu) |
| Gombak-Kota Bharu (Jarak 523 km) | Serendah RM125.00 (sehala) | Serendah RM147.00 (sehala) |
| Gombak-Kuala Terengganu (Jarak 378 km) | Serendah RM95.00 (sehala) | Serendah RM110.00 (sehala) |
| Gombak – KotaSAS (Jarak 209 km) | Serendah RM60.00 (sehala) | Serendah RM68.00 (sehala) |
Inisiatif & Diskaun Untuk Kanak-kanak, Pelajar, OKU, Warga Emas & Pesara
Inisiatif tambang inklusif dan mesra rakyat turun disediakan menerusi Kelas Ekonomi iaitu:
| Diskaun | Kategori Layak |
| 50% Diskaun | a) Kanak-Kanak: Berumur 2 hingga 12 tahun b) Golongan OKU: Semua pemegang kad OKU c) Warga Emas: Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas d) Pesara Kerajaan : Bekas penjawat awam |
| 40% Diskaun | Para pelajar: Berumur 13 hingga 24 tahun |

Penjualan Tiket
Penjualan tiket secara rasmi akan bermula pada pertengahan November 2026.

Jumlah perjalanan dan kekerapan tren pula adalah seperti berikut:
| Hari | Jumlah Perjalanan |
| Isnin – Khamis | 12 perjalanan / sehari (6 perjalanan setiap arah) |
| Jumaat – Ahad | 16 perjalanan / sehari (8 perjalanan setiap arah) |
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan ECRL?ECRL adalah perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo baru yang akan menghubungkan Kota Bharu, Kelantan di Pantai Timur ke Pelabuhan Klang, Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Berapakah kelajuan bagi tren ini?Kelajuan tren ECRL adalah pada 160 km/j, manakala kereta api barang beroperasi pada kelajuan maksimum 80 km/j.
Penentuan harga tambang adalah menerusi pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.
Apakah kategori laluan perjalanan yang ditawarkan bagi tren ini?– Laluan Transit (Berhenti di semua stesen)
– Laluan Ekspres (Hentian utama sahaja iaitu di Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu, Kota Bharu)
LALUAN EKSPRES :
1. Gombak-Kota Bharu: RM147.00 (sehala)
2. Gombak-Kuala Terengganu: RM110.00 (sehala)
3. Gombak – KotaSAS: RM68.00 (sehala)
LALUAN TRANSIT
1. Gombak – Kota Bharu (523 km): RM 125.00 SEHALA
2. Gombak – Pasir Puteh (490 km): RM 118.00 SEHALA
3. Gombak – Jerteh (473 km): RM 114.00 SEHALA
4. Gombak – Bandar Permaisuri (436 km): RM 107.00 SEHALA
5. Gombak – Kuala Terengganu (378 km): RM 95.00 SEHALA
6. Gombak – Dungun (317 km): RM 82.00 SEHALA
7. Gombak – Kemasik (285 km): RM 75.00 SEHALA
8. Gombak – Chukai (256 km): RM 69.00 SEHALA
9. Gombak – Cherating (246 km): RM 67.00 SEHALA
10. Gombak – Kuantan Port City (222 km): RM 62.00 SEHALA
11. Gombak – KotaSAS (209 km): RM 60.00 SEHALA
12. Gombak – Paya Besar (186 km): RM 55.00 SEHALA
13. Gombak – Maran (127 km): RM 42.00 SEHALA
14. Gombak – Temerloh (91 km): RM 35.00 SEHALA
15. Gombak – Bentong (40 km): RM 24.00 SEHALA
*NOTA:
-Kadar yang sama terpakai bagi perjalanan ulang alik.
-Kadar tambang ditetapkan melalui mekanisma tambang dinamik.
Tiket tersebut boleh dibeli secara rasmi pada pertengahan November 2026.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai ECRL, sila layari laman web ECRL Malaysia iaitu https://www.ecrlmalaysia.com/.
Baca juga: ECRL Bakal Beroperasi, Gombak Ke Kota Bharu 4 Jam Je!






