Hargai kesabaran guru didik anak, Kieda Crepe hadiahkan kipas dan ‘air fryer’

21 May 2024 • 11:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kieda Crepe hadiahkan kipas

Usahawan makanan, Kieda Crepe hadiahkan kipas kepada guru-guru yang mengajar dua orang anaknya di sekolah rendah dan tadika sempena sambutan Hari Guru.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kieda di laman TikToknya, dia alami kekeliruan untuk membeli hadiah memandangkan ia disediakan pada saat akhir dan difahamkan sekolah anaknya baru sahaja berpeluang untuk meraikan sambutan tersebut pada hari ini.

Kieda Crepe hadiahkan kipas

Dalam perkongsian tersebut, terdapat dua jenis hadiah disediakan iaitu kipas berdiri dan pembakar udara (air fryer) khas buat guru-guru yang berpenat lelah mendidik dua anak lelakinya.

“Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka. Tak tahu nak beli hadiah apa.

“Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kat dalam ni hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak,” ujarnya.

Kieda Crepe hadiahkan kipas

image is not available

image is not available

Bagus Kieda hargai guru

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih dan memuji cara yang digunakan tersebut Kieda dalam menghargai jasa guru-guru anaknya.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semoga dimurahkan rezeki

Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar Kieda dimurahkan rezeki selalu dan sentiasa dipermudahkan urusan dalam mengembangkan lagi perniagaannya.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Kieda Crepe