Netizen Puji Kieda Crepe Hadiahkan Kipas Dan Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak

21 May 2024 • 2:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Sempena sambutan hari guru pada 16 Mei baru-baru ini, usahawan pemanis mulut terkenal, Kieda Crepe telah menghadiahkan kipas dan air fryer kepada guru-guru anak.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra berterima kasih kepada guru yang banyak bersabar dalam mendidik anak-anaknya.

https://www.tiktok.com/@kiedacrepepenang/video/7371144722770840850

Kieda membawa hadiah itu ketika majlis sambutan hari guru yang diadakan di sekolah anak baru-baru ini.

Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka.

Tak tahu nak beli hadiah apa.

Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kipas ini adalah hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, dan yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen melihat hadiah yang diberikan Kieda. Menurut mereka, hadiah itu sangat berguna untuk kegunaan guru-guru di rumah.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok @kiedacrepepenang

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media