Hargai Pemberian Duit Raya, 2 Beradik Cilik Dapat ‘Balasan’ Yang Tak Dijangka Dari PMX

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Dua beradik cilik yang memberi duit raya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tidak menyangka mendapat hadiah balasan daripada keikhlasan mereka itu.

Aesha Khadeejah dan adiknya, Uwais Al Qarni, masing-masing berusia 10 dan lapan tahun baru-baru ini dikunjungi Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Abdul Kahar Abdul Hamid yang mewakili PMX untuk sumbangan tanda penghargaan kepada mereka.

Sebagai tanda penghargaan, PMX menyampaikan tablet, senaskah buku Iqra, wang tunai dan beg sekolah kepada dua beradik ini.

@lobakmerahmy

Siapa sangka, di sebalik kesibukan menguruskan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sempat meluangkan masa untuk satu momen yang cukup rare dan menyentuh hati! Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat spontan dua beradik, Adik Uwais Al Qorni dan kakaknya, Aesha Khadeeja, yang sanggup menunggu PMX di pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu semata-mata nak bagi duit raya! Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! Terima Kasih!

♬ original sound – LOBAK MERAH – LOBAK MERAH

image is not available

Menceritakan detik manis pada hari kejadian, Aesha berkata ibunya, Liza Fadzilah Abdul Hamid menemani mereka dan sanggup menunggu kira-kira satu jam selepas mengikuti kenderaan polis daripada Simpang Tokku hingga ke LTSM untuk melihat sendiri Perdana Menteri.

“Kami terserempak rombongan Perdana Menteri ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengikuti kelas Iqra di Kampung Simpang Tok Ku, kira-kira jam 9 malam,” katanya.

Difahamkan duit raya yang diberikan sebanyak RM7 itu merupakan wang belanja sekolah dua beradik ini.

Dalam pada itu, Aesha turut berhasrat menyampaikan hadiah keropok lekor dan dan melawat pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved