Hari-hari Tutor Anak Sampai Setahun, Bapa Menangis Tengok Result Matematik 6/100

Entertainment
29 Jun 2022 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan diibaratkan satu jasa kecil kepada ibu bapa dan pastinya mereka terkilan jika melihat keputusan anak mereka tidak berapa memberangsangkan lebih-lebih lagi kalau mereka ada bantu mengajar di rumah.

Seorang bapa dari China dilihat menangis selepas segala usaha mengajar anaknya sepanjang tahun tidak membuahkan hasil apabila anaknya memperolah 6 daripada 100 markah untuk keputusan matapelajaran matematik dalam peperiksaan akhir tahun.

image is not available

Memelik laporan Weibo dan ET Today, bapa ini tidak berpuas hati dengan keputusan anaknya yang sentiasa berubah-ubah kerana dia kadangkala mendapat 40 hingga 50 markah, dan pada masa lain dia akan mendapat markah sehingga 80 hingga 90 markah. Jadi, untuk membantu anaknya mengekalkan markah yang tinggi, bapa memutuskan untuk mengajar anaknya secara peribadi selama setahun.

image is not available

“Saya dah tak kisah lagi dah, segala usaha saya membazir je. Biarlah dia usaha sendiri,” kata si ayah sambil isterinya gelakkan terbahak-bahak.

Hurm, korang rasa anak yang masalah ke atau cara ayah dia yang tak betul?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.