
Belum lagi reda isu influencer Aisyah Hijanah dan Alif Teega, hari ini satu lagi klip tular di media sosial yang memeranjatkan ramai netizen.
Video berkenaan merupakan voicenote yang didakwa telah dirakam oleh Aisyah ketika suaminya, Alif baru lepas memukulnya.
Artikel berkaitan: Alif Teega Perjelas Isu Statement Adik Susuan Aisyah, Isteri Kedua Tak Ada Akaun Media Sosial
Artikel berkaitan: “Cedera di tangan, telinga” – Adik Aisyah Hijanah ‘Expose’ Bukti Kakak Dipukul Suami
Dalam voicenote tersebut kedengaran suara Aisyah dalam nada yang sangat sedih mengatakan suaminya itu akan masuk lokap kerana sudah menghentak kepalanya, sehingga anaknya sulung mereka Khadeejah nampak insiden tersebut.
“Hari ni abang akan masuk lokap, sebab abah hentak kepala abah dekat kepala Aisyah tadi kan? Khadeejah nampak!” katanya.
Dalam video itu, kedengaran Alif berkata dia ‘naik angin’ apabila Aisyah mendakwa dirinya bukan suami yang baik dan disebabkan itu dia bertindak sedemikian.
“Dah lama Aisyah pendam ni”
Netizen sangat terkejut dengan video tersebut dan ramai yang meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku kepada influencer itu.

Harap selesai cepatlah perkara ni, kesian tengok…
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

