“Hari Ini Hari Aina Abdul, Tak Mahu Dengar Pasal Benda Lain…” - Janna Nick

14 Nov 2026 • 3:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Hari Ini Hari Aina Abdul, Tak Mahu Dengar Pasal Benda Lain…” - Janna Nick

Hanya beberapa jam sebelum juara Eurovision Contest Asia 2026 diumumkan, ramai rakan artis termasuk pelakon, Janna Nick menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi, Aina Abdul.Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata dia tidak mahu mendengar atau mengambil tahu perkara lain selain berita kemenangan Aina dalam pertandingan tersebut.“Hari ini hari Aina Abdul, Tak mahu dengar pasal benda lain. Nak dengar ‘Aina Abdul Juara Eurovision 2026’,” tulisnya.Dalam hantaran lain, Janna turut berpesan agar Aina kekal tenang dan memberikan yang terbaik kerana rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong perjalanannya.“Aina mesti gemuruh, yelah dia bawa nama Malaysia. Aina tenang sahaja. Kami satu Malaysia sokong anda. Kalah menang itu belakang cerita sebab kita tau yang awak akan sentiasa beri yang terbaik. Kami sudah bangga dengan awak, Aina Abdul,” ujarnya.Untuk info, Aina bakal mempertaruhkan karya terbaharunya berjudul Bluest Sky yang ditulis dalam bahasa Inggeris pada pertandingan Eurovision Contest Asia 2026, malam ini.Selain Malaysia, pertandingan yang bakal berlangsung di Bangkok pada 14 November ini turut menghimpunkan wakil dari beberapa negara lain termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved