Bakal Bawa Nama Malaysia Di Eurovision Asia! PMX Titip Kata Semangat Buat Aina Abdul

10 Nov 2026 • 8:22 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Bakal Bawa Nama Malaysia Di Eurovision Asia! PMX Titip Kata Semangat Buat Aina Abdul

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata-kata semangat buat penyanyi, Aina Abdul yang bakal membawa nama Malaysia di pentas Eurovision Asia 2026. Menerusi satu hantaran di Instagram, Anwar menyifatkan penyertaan Aina dalam Eurovision Asia sebagai bukti bakat anak tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. “Selamat maju jaya buat Aina Abdul yang akan membawa nama Malaysia di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini."Penyertaan Aina membuktikan bakat dan karya anak Malaysia mampu melangkah jauh serta bersaing di pentas antarabangsa. Pastinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian ini."Saya mendoakan agar Aina dapat memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat. Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua.Terbang tinggi, Aina!," tulisnya. Untuk rekod, Aina bakal mewakili Malaysia menerusi lagu berjudul Bluest Sky dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved