Hari Kebangsaan: Tiga lokasi di Pulau Pinang dijangka jadi tumpuan

30 Aug 2026 • 1:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hari Kebangsaan: Tiga lokasi di Pulau Pinang dijangka jadi tumpuan

GEORGE TOWN : Tiga lokasi pelancongan iaitu Muzium Negeri Pulau Pinang, Galeri Automotif di Jalan Macalister serta Fort Cornwallis di Padang Kota Lama di sini dijangka menjadi tumpuan ramai memandangkan esok merupakan hari terakhir kemasukan diberi secara percuma di ketiga-tiga lokasi sempena sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, itu antara tawaran yang disediakan untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Pulau Pinang sempena cuti persekolahan kali ini yang bermula semalam.

“Mereka (pengunjung) boleh datang dan lihat sendiri tempat-tempat baharu ini yang telah dinaik taraf serta boleh dianggap sebagai antara mercu tanda baharu di Pulau Pinang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan, akses atau kemasukan percuma untuk Muzium Negeri Pulau Pinang serta Fort Cornwallis itu telah bermula sejak minggu keempat bulan lepas manakala kemasukan percuma bagi Galeri Automotif pula bermula sejak Februari.

Sementara itu, Hon Wai yakin Pulau Pinang akan terus menjadi lokasi tumpuan pelancong sepanjang musim cuti sekolah ini dengan beberapa lokasi luar dari pusat bandar George Town seperti Bukit Bendera juga akan dibanjiri dengan pelancong sama ada tempatan atau luar negara.

“Memang meriah, tetapi, kita tidak ada anggaran tepat (jumlah kehadiran pelancong) kerana ada yang tidak menginap di hotel, ada yang datang sehari sahaja dan ada yang tinggal di rumah kawan-kawan. Jadi, susah untuk kita membuat anggaran itu.

“Anggaran bagaimanapun hanya boleh dibuat di lokasi yang mempunyai sistem tiket atau rekod kemasukan seperti di Bukit Bendera. Contohnya, kalau hari ini ada 8,000 orang beli tiket untuk naik ke Bukit Bendera, maka, kita boleh beritahu 8,000 orang pergi ke Bukit Bendera,” katanya.-UTUSAN

The post Hari Kebangsaan: Tiga lokasi di Pulau Pinang dijangka jadi tumpuan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved