Hari Malaysia diselubungi jerebu, 41 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 10:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hari Malaysia diselubungi jerebu, 41 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Kualiti udara di beberapa negeri terus mencatatkan keadaan tidak sihat apabila 41 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 9.54 pagi, Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 187.

Ia diikuti Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 179, Nilai, Negeri Sembilan (177), Putrajaya (176), manakala Shah Alam dan Seremban masing-masing mencatatkan bacaan 175.

Selain itu, Batu Muda, Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 172, diikuti Petaling Jaya (169), Klang (167), manakala Minden, Seri Manjung dan Banting masing-masing mencatatkan bacaan 166.

Balik Pulau, Tanjung Malim, Kuala Selangor, Bukit Rambai dan Kuala Terengganu masing-masing merekodkan bacaan 164, sementara Temerloh mencatatkan 163.

Seberang Jaya, Tasek Ipoh dan Jerantut pula masing-masing merekodkan IPU 162, diikuti Seberang Perai, Port Dickson dan Alor Gajah (160).

Taiping dan Tangkak masing-masing mencatatkan bacaan 159, Sungai Petani serta Indera Mahkota Kuantan (157), Kulim Hi-Tech (155), manakala Balok Baru Kuantan dan Kemaman masing-masing merekodkan 154.

Bandaraya Melaka pula mencatatkan IPU 153, diikuti Pasir Gudang dan Tanah Merah (152), Batu Pahat serta Paka, Terengganu (151).

Tiga lagi kawasan yang turut berada pada tahap tidak sihat ialah Pegoh Ipoh dengan bacaan 143, Kluang (125), selain Alor Setar dan Rompin masing-masing 119 serta Segamat (107).

Sementara itu, sebanyak 22 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE

The post Hari Malaysia diselubungi jerebu, 41 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved