
Perpisahan suami pelakon Miera Liyana, Rosland Othman bersama isteri pertamanya, Adibah Mutalib hari ini menjadi bualan hangat di media sosial.
Rata-ratanya mengasihani Adibah dan anak-anak mereka kerana seperti ‘dibuang’ oleh Rosland selepas berkahwin dengan Miera.
“Jangan Tinggal Sesen Pun, Jangan Kesiankan” - Warganet Cadang Adibah Tuntut Harta Sepencarian 28 Tahun Berkahwin
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Adibah untuk terus pandang ke depan dan bangkit daripada kesedihan yang dilaluinya ini.
Sudah tentu nama aktres tersebut turut terpalit dan dibangkitkan oleh ramai warganet di media sosial dek kerana kontroversi dan dakwaan dia menjadi perampas.
Menerusi komen di TikTok, ramai wanita yang menyindir Miera yang dianggap kini sedang gembira kerana lelaki itu sudah menjadi milik dia sepenuhnya.
Namun, mereka turut mengingatkan Miera tentang kifarah dan ada yang persoal jika dia sanggup menjaga Rosland kalau suaminya itu jatuh sakit.
Dalam pada itu, kelibat ibu kepada Miera yang hadir menemani Rosland ke mahkamah hari ini untuk lafaz talak turut menjadi bualan.
The post “Hari Ni Kamu Senyum, Semoga Berpuas Hati” – Suami Ceraikan Isteri Pertama, Warganet Bangkitkan Nama Miera Liyana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

