Hati Bekas Madu Miera Leyana Hancur, Dah Tak Ada Apa Nak Dicakapkan Lagi

3 Aug 2023 • 5:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Konflik rumah tangga suami Miera Leyana dan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib akhirnya menemui penamat apabila mereka sah bercerai talak satu.

Rosland Othman melafazkan cerai terhadap Adibah di depan hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas madu Miera Leyana dah agak akan cerai

image is not available

Adibah bagaimanapun sudah dapat agak perkahwinan yang dibina selama 28 tahun akan berakhir begini.

Rasa hati ini hancur. Dah tak ada apa yang nak dicakapkan lagi. Kalau sedih pun, sedih mengenangkan anak-anak.

Terdahulu, Adibah menolak permohonan cerai yang dibuat Rosland kerana masih sayang dan mahu menyelamatkan perkahwinan yang dilanda masalah sejak 2021.

image is not available

Mahkamah kemudian mengarahkan pasangan ini melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan konflik namun nampaknya tak mencapai persetujuan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Orang JB boleh pergi try makan shawarma dekat sini, min tengok pun dah terliur dah nak makan #johor#jb#aldamascusjb#ohmakan#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media