“Jangan Tinggal Sesen Pun, Jangan Kesiankan” – Warganet Cadang Adibah Tuntut Harta Sepencarian 28 Tahun Berkahwin

3 Aug 2023 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman hari ini melafazkan talak satu terhadap isteri pertamanya, Adibah Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Rumah tangga yang dibina sejak 1995 runtuh dan Adibah hilang kata-kata tidak dapat memberikan sebarang komen kepada wartawan kerana masih terkejut.

image is not available

Rosland yang ditemani ibu Miera Liyana dilihat terus bergegas keluar menuju keluar mahkamah tanpa memberi apa-apa kenyataan.

Sementara itu, di media sosial ketika ini sedang hangat membicarakan tentang penceraian tersebut

Ramai yang bersimpati dan berasa sebak memikirkan perasaan Adibah yang diceraikan selepas bertahun-tahun setia di sisi.

Ada yang mempersoalkan tindakan Rosland tergamak meninggalkan isteri pertama selepas berkahwin dengan aktres, Miera Liyana.

image is not available

image is not available
Sementara itu, segelintir individu mencadangkan dan menyokong Adibah untuk membuat tuntutan harta sepencarian dan hutang daripada bekas suaminya.

Tuntut harta sepencarian 28 tahun, hutang semua. Jangan kesian (dengan Rosland).”

Ramai wanita turut memberikan kata-kata semangat kepada Adibah untuk terus bangkit bersama anak-anaknya selepas episod duka ini.

image is not available
image is not available

image is not available 8 hours ago

"Akak Sedaya Upaya Nak Selamatkan Tapi Dia.." - Adibah Madu Miera Liyana Dedah Rosland 'Berkeras' Mahu Cerai