“Hari Paling Berat," Wartawan Kongsi Detik Cemas Ketika Asap Tebal Kepung Penempatan Penduduk

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 8:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Hari Paling Berat," Wartawan Kongsi Detik Cemas Ketika Asap Tebal Kepung Penempatan Penduduk

Hari berganti hari, masalah jerebu masih menyelubungi beberapa kawasan di negara kita, malah keadaan udara masih belum pulih sepenuhnya.

Namun, bayangkan pula keadaan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kebakaran hutan dan tanah di Indonesia.

Dengan kualiti udara yang dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya, penduduk di sana terpaksa berdepan dengan asap tebal yang menyesakkan pernafasan.

Hari paling berat

Semalam, seorang wartawan di Indonesia berkongsi situasi pilu yang dilihat dan dilaluinya sendiri di bandar Palangka Raya, Kalimantan Tengah.

Menurut Dede Septa Jaya menerusi perkongsian di Instagram, dia bersama beberapa sukarelawan hampir dikepung asap tebal akibat kebakaran hutan dan tanah di kawasan berkenaan.

Image from: “Hari Paling Berat," Wartawan Kongsi Detik Cemas Ketika Asap Tebal Kepung Penempatan Penduduk

"Hari ini merupakan hari paling berat buat saya sebagai seorang wartawan yang juga terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan kemanusiaan bersama pasukan gabungan lain.

"Bukan sahaja saya, malah penduduk Kota Palangka Raya turut merasai situasi yang sama apabila kami hampir dikepung asap tebal akibat kebakaran hutan dan tanah, dari jalan utama sehingga ke kawasan penempatan penduduk.

"Kualiti udara di Kota Palangka Raya hari ini berada pada tahap yang sangat, sangat, sangat berbahaya, dengan bacaan PM2.5 dilaporkan mencecah 2,560 (udara beracun)," katanya.

Kanak-kanak hampir muntah terhidu asap tebal

Lebih menyedihkan, Dede turut menyaksikan sendiri beberapa kanak-kanak berlari untuk mengelakkan asap kebakaran hutan dan tanah yang menyelubungi satu-satunya jalan keluar masuk di kawasan perumahan mereka.

Malah, salah seorang kanak-kanak tersebut dilaporkan hampir muntah kerana tidak tahan terhidu asap yang terlalu pekat.

Baca juga:

"Selain itu, di jalan utama, seorang kanak-kanak bersama ibu bapanya turut mengalami pedih mata dan kesukaran bernafas ketika menaiki kenderaan.

"Nasib baik, pasukan kami segera menghulurkan bantuan dengan memberikan pelitup muka serta meminta mereka menjauhi kawasan yang diselubungi asap tebal itu.

"Semoga Kota Palangka Raya segera pulih," katanya lagi.

Dalam pada itu, Dede turut berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang sedang berlaku di kawasan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved