
Ketahanan seharian tanpa kompromi. Itulah gambaran paling tepat untuk peranti baharu HONOR X9e Pro 5G. Apabila disebut bateri bersaiz besar, ramai membayangkan telefon yang tebal, berat dan kurang bergaya. Namun, HONOR berjaya mengubah persepsi tersebut dengan memperkenalkan sebuah peranti yang bukan sahaja dilengkapi bateri berkapasiti 11,000mAh malah dibuat dengan rekaan moden yang elegan serta selesa digenggam.
Bateri Silikon Generasi Baharu
Setiap bahagian HONOR X9e Pro direka dengan penuh teliti. Dari susun atur komponen dalaman hinggalah kemasan luarannya, setiap perincian direka sebaiknya bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna. Bateri berkapasiti 11,000mAh yang dimuatkan bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi digabungkan dengan sistem pengurusan tenaga pintar untuk memastikan ketahanan seharian tanpa gangguan.
Lebih istimewa, HONOR menggunakan bateri karbon silikon generasi keempat terkini. Teknologi ini menawarkan kecekapan tenaga yang lebih tinggi, proses pengecasan yang lebih pantas serta jangka hayat bateri yang lebih panjang. Gabungan ini menjadikan HONOR X9e Pro bukan sekadar telefon berkuasa besar, tetapi lambang inovasi yang mengimbangi prestasi dan gaya dengan sempurna.
Pada asasnya, bateri berasaskan silikon jauh lebih baik daripada bateri ion grafit biasa. Dengan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi, ia mampu menyimpan lebih banyak tenaga dalam saiz yang lebih kompak. Inilah rahsia di sebalik keupayaan HONOR memuatkan bateri berkapasiti besar ke dalam tubuh peranti terbaharu mereka tanpa menjejaskan aspek reka bentuk.

Dengan kapasiti ini, pengguna dapat menikmati sehingga 66.8 jam tontonan video berterusan, 164 jam penstriman muzik, serta sekitar 3 hari penggunaan harian tanpa perlu dicas. Ia bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi bukti nyata kecekapan teknologi bateri karbon silikon generasi baharu yang menggabungkan kuasa dan ketahanan dalam satu rekaan yang anggun.
Lebih meyakinkan lagi, HONOR memberikan jaminan bahawa kesihatan bateri mampu bertahan sehingga enam tahun dengan penggunaan purata enam jam sehari sekaligus memastikan prestasi kekal stabil dan tidak mudah merosot sepanjang tempoh tersebut.
Susunan Komponen Dalaman Yang Efisien
Adakah ini sekadar soal bateri? Jawapannya tentu sekali tidak. HONOR X9e Pro 5G bukan hanya menawarkan kapasiti bateri yang besar, tetapi turut disokong oleh reka bentuk perkakasan dalaman yang direka dengan penuh teliti. Setiap komponen ditempatkan dengan rapi bagi memastikan aliran haba terkawal, sekali gus mengekalkan prestasi yang stabil walaupun digunakan berjam-jam tanpa henti.

Ruang bateri mengambil bahagian terbesar daripada tiga zon utama dalam badan telefon. Oleh itu, papan induk dan papan tambahan disusun rapat hingga ke had maksimum bagi memberi ruang optimum kepada bateri. Lebih menarik, kira-kira satu pertiga gegelung NFC turut ditempatkan di atas bateri sekali gus memperlihatkan kecekapan reka bentuk dalaman yang memanfaatkan setiap ruang dengan bijak dan efisien.

Bukan itu sahaja, aspek kawalan suhu turut diberi perhatian. Ruang pada bahagian bateri dilengkapi dengan sistem pengaliran haba Vapour Chamber (VC) yang canggih. Kabel yang menghubungkan bateri dan papan induk dipasang terus ke VC bagi memastikan kawalan suhu lebih efisien walaupun dengan saiz bateri yang besar. Selain itu, lapisan kawalan suhu VC ini memanjang dari teras hingga ke bateri dan meliputi sebahagian besar permukaan peranti. Hasilnya, suhu peranti kekal stabil sepanjang penggunaan.

Paling menarik, meskipun kapasiti bateri mencecah 11,000mAh, berat keseluruhan HONOR X9e Pro 5G masih ringan seperti telefon biasa. Hal ini membuktikan bahawa bateri bersaiz besar tidak semestinya menjadikan telefon berat. Sebaliknya, susunan komponen dalaman yang rapi berjaya menghasilkan pengalaman genggaman yang selesa dan praktikal untuk kegunaan harian.
Inspirasi Sistem Keselamatan Automotif
Bateri sudah mantap, tetapi bagaimana dengan ketahanannya? Jangan pandang enteng setiap binaan pada peranti ini. HONOR menggunakan konsep sistem keselamatan kereta lumba sebagai inspirasi. Dalam kereta lumba terdapat bahagian yang dinamakan Survival Cell, juga dikenali sebagai monocoque atau tub, iaitu tempat pemandu duduk. Bahagian ini diperbuat daripada komposit gentian karbon dan berfungsi melindungi pemandu daripada impak hentakan dengan mengekalkan struktur yang kukuh walaupun bahagian luar kereta hancur.

HONOR mengambil inspirasi daripada konsep tersebut dengan menjadikan kerangka tengah telefon sebagai struktur utama yang melindungi komponen dalaman. Apabila telefon terjatuh, kerangka ini akan menyerap hentakan terlebih dahulu sebelum impaknya mengenai bateri atau skrin. Reka bentuk ini bukan sahaja meningkatkan ketahanan telefon, malah turut memastikan komponen penting sentiasa terlindung daripada sebarang kerosakan.

Gam khas turut digunakan bagi memastikan setiap komponen dalaman kekal kukuh pada kedudukannya tanpa risiko longgar. Padding Foam pula berperanan mengisi ruang kosong sambil menyebarkan tekanan secara sekata apabila berlaku hentakan, sekali gus mengelakkan beban tertumpu pada satu bahagian sahaja. Sementara itu, penutup belakang direka nipis dan sedikit lentur bagi mengurangkan risiko retak apabila ditekan seterusnya memberi perlindungan tambahan terhadap keseluruhan struktur peranti.
Jaminan Perlindungan Menyeluruh
Apa gunanya telefon tahan lasak jika tidak mampu menahan air? Usah risau, HONOR menawarkan penyelesaian menyeluruh dengan perlindungan tanpa kompromi. Dengan pensijilan IP68, IP69 dan IP69K, telefon ini dibuat sebagai peranti kalis air yang mampu bertahan daripada semburan air panas serta kekal berfungsi walaupun digunakan bersama sarung tangan. Dalam apa jua keadaan, HONOR memastikan anda sentiasa dilindungi.

Lebih meyakinkan, HONOR turut menyediakan perlindungan selepas jualan yang menyeluruh bagi memberi ketenangan fikiran kepada pengguna. Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuk Perlindungan Skrin dan Panel Belakang selama 730 hari yang meliputi kerosakan akibat terjatuh secara tidak sengaja. HONOR juga menawarkan Perlindungan Depan dan Belakang selama 730 hari dengan jaminan pembaikan sekiranya berlaku kerosakan akibat terjatuh. Selain itu, terdapat Perlindungan Skrin dan Panel Belakang selama dua tahun bagi melindungi daripada kerosakan yang tidak disengajakan. Gunakan telefon ini dengan penuh keyakinan kerana jika berlaku sebarang masalah, HONOR akan memastikan anda menerima bantuan segera.

Bagaimana mungkin bateri sebesar 11,000mAh dimuatkan dalam telefon yang begitu baik? Rahsianya terletak pada susunan dalaman yang rapi, kerangka yang kukuh serta perlindungan menyeluruh. HONOR X9e Pro 5G bukan sekadar telefon pintar dengan kapasiti bateri besar, tetapi simbol sebenar ketahanan dan kecekapan tenaga luar biasa. Dapatkan sekarang di pasaran dengan harga bermula RM1,899.
Penafian: Advertorial dibawakan oleh HONOR Malaysia.





