Hari Peladang Sabah di Tenom perkasa ekonomi luar bandar

LocalBusiness & Finance
20 Jul 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Hari Peladang Sabah di Tenom perkasa ekonomi luar bandar

Tenom: Daerah Tenom dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 September depan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar berkata pelbagai pengisian telah dirangka sepanjang penganjuran program berkenaan termasuk pameran, lawatan, aktiviti berkaitan pertanian serta penyampaian anugerah kepada pengusaha terbaik dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Menurut beliau penganjuran sambutan itu di Tenom merupakan julung kali diadakan di kawasan pedalaman Sabah sekali gus memberi peluang kepada masyarakat luar bandar melihat potensi besar sektor agro sebagai sumber ekonomi.

“Ini kali pertama program berskala negeri ini dibawa ke kawasan pedalaman dan kita percaya ia akan memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar.

“Kita mahu menunjukkan bahawa sektor pertanian, penternakan, industri makanan dan getah mampu diusahakan secara komersial serta memberikan pulangan yang lumayan kepada masyarakat kampung,” katanya.

Beliau berkata penganjuran itu juga selaras dengan usaha kerajaan memperkasa sektor agromakanan negeri menerusi penglibatan lebih ramai usahawan tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved