“Hari Pertama Saya Tengok Muka Dia Saya Senyum Tapi Dalam Hati Saya Menangis” – Ucapan Hari Bapa Andika Putera Buat Ramai Sayu

LocalFamily & Parenting
16 Jun 2025 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui perkongsian pempengaruh media sosial dikenali ramai iaitu Andika Putera bersempena Hari Bapa telah pun mencuri perhatian ramai di Instagram.

Kelahiran anak sulung ubah hidup Andika

Dalam hantaran tersebut, Andika berkata anak perempuannya, Alisha Puteri telah memberi perubahan yang besar dalam hidupnya, lagi-lagi apabila anak kecil itu diuji dengan masalah fizikal.

Dulu, anak saya lahir sumbing. Ramai yang tidak tahu pada awal kelahirannya..hari pertama saya tengok muka dia saya senyum tetapi dalam hati saya menangis. Saya tahu jalan kami takkan mudah dan Alisha akan banyak lalui jalan-jalan hebat.

Kata pempengaruh itu, pada awalnya ujian tersebut bukanlah satu yang mudah untuk diharungi olehnya serta keluarga.

Lebih memeritkan apabila Andika serta bekas isteri, Natasha perlu menghadapi kutukan orang, kos pembedahan, ujian emosi serta kewangan.

Kekal berusaha demi masa depan anak

Tangan dia perlu rawatan, mulut dia perlu pembedahan, tapi dia tetap senyum dan disebabkan senyuman itulah saya tak pernah izinkan diri saya untuk putus asa.

Namun, sebagai seorang bapa, Andika tahu dia perlu kekal berusaha demi kesihatan serta kebahagian puterinya itu.

Kadang tidur pun fikir macam mana masa depan dia. Tapi saya tahu, saya ayah..tanggungjawab saya bukan untuk meminta diringankan ujian tetapi meminta untuk jadi kuat.

Sekadar info, Andika Putera pernah berkahwin dengan personaliti media sosial, Ananda Natasha sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah dan selepas itu Andika mengahwini Dr. Amalina tahun lalu.

image is not available 4 months ago

"Dia Suruh Bagi Muka Sebab Baru Kahwin & Ada Anak Special" - Andika Putera Didakwa Tak Bayar Gaji & EPF Staf?