“Hari Tu Sedih Anak Sakit” – Puji Comel Macam Barbie, Kak KM Undang Kritikan Netizen

Entertainment
27 Jul 2023 • 2:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kak km

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli cukup terkenal dengan cara promosi produk jamu yang dijualnya.

Selain tarian gelek, Kak KM juga sering mengundang perhatian kerana berpakaian mencolok mata.

Terbaru, anak perempuan sulung Kak KM menerima tempias kecaman apabila tampil dengan imej seksi. Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @sweetdara.selangor.nafie, Nabila dilihat memakai dres pendek paras paha berwarna pink bersesuaian dengan ‘demam’ filem Barbie yang sedang ditayangkan kini.

Kedengaran Kak KM menjerit sebaik melihat Nabila masuk ke dalam rumah. Kak KM dengan bangga berkata anaknya kelihatan cantik dan seksi.

Oh my god real Barbie. Real Barbie.. Barbie pergi tengok show Barbie. Comelnya sayang.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa kurang senang dan menganggap usahawan itu seolah-olah menggalakkan anak berpakaian sedemikian.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen mula mengimbau kenangan sewaktu remaja di mana ibu bapa masing-masing sangat tegas dan tak akan bagi muka dekat anak.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.