Harimau Malaya kembali lonjak 4 anak tangga dalam ranking FIFA

26 Jan 2024 • 8:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kedudukan terkini skuad Harimau Malaya selepas keputusan seri 3-3 menentang Korea Selatan malam tadi.

image is not available
Skuad Harimau Malaya kini berada di ranking 132 dunia selepas perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub malam tadi. - Foto: Bernama

MALAYSIA berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 4 anak tangga selepas perlawanan terakhir Piala Asia menentang Korea pada Khamis.

Perlawanan menarik yang berkesudahan dengan jaringan 3-3 itu memastikan Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.

Sebelum ini, kedudukan semasa ranking Harimau Malaya berada di tangga 136 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.

Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan kedudukan terakhir kumpulan E dengan satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3). - Awani/Stadium Astro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved