Harimau Malaya panggil dua muka baharu hadapi China, Yemen November

Football
3 Nov 2026 • 9:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Harimau Malaya panggil dua muka baharu hadapi China, Yemen November

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Ketua jurulatih interim Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengekalkan 11 pemain daripada skuad yang meraih tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang China dan Yemen bulan ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Cheng Hoe turut memanggil semula tiga pemain daripada skuad Piala Hyundai ASEAN 2026 yang berlangsung pada Julai dan Ogos lepas serta menyenaraikan 10 pemain lain termasuk dua muka baharu iaitu Ahmad Haziq Kutty Abba (Terengganu FC) dan A Selvan (Selangor FC) dalam senarai berkenaan.

Pemain akan melapor diri pada 9 Nov, sebelum dijadual berlepas pada 10 Nov.

Malaysia dijadual menentang China pada 14 Nov, 8 malam, sebelum berdepan Yemen pada 17 Nov, 2 petang, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, China.

Berdasarkan ranking terkini Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia berada di tangga ke-133 dunia, China di kedudukan ke-96 manakala Yemen ke-144.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved