Tierney mampu isi kekosongan ditinggal Bergson

FootballSports
30 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tierney mampu isi kekosongan ditinggal Bergson

KEMUNGKINAN ketiadaan penyerang naturalisasi, Bergson da Silva tidak akan memberi kesan besar kepada kualiti Harimau Malaya pada aksi menentang China dan Yemen, bulan depan.

Bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli percaya Malaysia masih memiliki ramai pemain berkualiti yang mampu menggalas tugas jika Bergson tidak dapat bersama Harimau Malaya.

“Sudah lamalah saya nak lihat pasukan negara ada penyerang yang prolifik, namun kita lihat dia (Bergson) ada sedikit kecederaan. Tetapi, saya percaya ada lagi pemain-pemain lain yang boleh menggantikan posisi beliau.

“Seperti kita tahu, Fergus Tierney pun konsisten beraksi di liga luar negara dan saya percaya dengan pemain-pemain lain yang ada dan ketiadaan Bergson mungkin bukanlah satu isu besar.

“Lagipun untuk perlawanan akan datang hanyalah perlawanan persahabatan dan yang paling penting untuk pasukan negara selepas ini di kelayakan Piala Asia dan juga Piala Dunia,” katanya.

Bergson dilihat mengalami kecederaan ketika aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Port FC, Selasa lalu sekali gus mencetuskan persoalan kesediaan pemain itu untuk disenaraikan pada tugasan bulan depan.

Situasi ini membuka peluang buat penyerang tempatan lain untuk merebut peluang terbaik untuk menambat hati pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

The post Tierney mampu isi kekosongan ditinggal Bergson appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved