Hasilkan Gambar & Filem Bertemakan Kemerdekaan Dalam Peraduan Oppo 66 Potret Malaysia Untuk Menangi Hadiah Menarik!

30 Aug 2023 • 12:34 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tingga esok sahaja lagi Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Rakyat Malaysia patut berbangga kerana sehingga kini kita tetap bersatu hidup aman dan harmoni meskipun negara mempunyai kepelbagaian etnik, agama, adat, bahasa dan budaya. 

Sempena memperingati bulan kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos ini, peneraju dalam inovasi peranti pintar iaitu OPPO turut memainkan peranannya dalam berkongsi keyakinan dan inspirasi kepada ramai orang di Malaysia. 

OPPO Hasilkan Filem Perpaduan 

OPPO tampil menghasilkan karya filem OPPO 66 Potret Malaysia dengan menonjolkan kepelbagaian budaya dalam Malaysia melalui lensa pakar potret, OPPO Reno10 Pro+ 5GSiri Reno10 5G. 

Filem ini mengisahkan jurugambar Malaysia, Khairul Amin memberi penghormatan kepada arwah ibunya, yang telah mengajar dan mengasuhnya dengan menerapkan perasaan cinta kepada perpaduan dan kepelbagaian di Malaysia. 

Sejak dari itu, Khairul Amin mula ghairah dengan dunia fotografi yang diinspirasikan daripada didikan ibunya. 

Menariknya, hanya dengan OPPO Reno10 Pro+ 5G, dia berjaya menangkap intipati rakyat dan landskap Malaysia. 

Peluang Menangi Hadiah Dengan Peraduan 66 Potret Malaysia! 

A collage of people  Description automatically generated