Haslar bakal jadi pusat tahanan imigresen terbesar Eropah

6 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Haslar bakal jadi pusat tahanan imigresen terbesar Eropah

GOSPORT: Penduduk berhampiran Gosport membantah rancangan untuk membuka semula dan meningkatkan kapasiti sebuah pusat tahanan imigresen sehingga menjadikannya antara yang terbesar di Eropah.

Pusat Tahanan Imigresen Haslar di Gosport, Hampshire, yang ditutup sedekad lalu, dijangka diperbesarkan tiga kali ganda untuk menempatkan sehingga 600 pesalah warga asing dan pendatang tanpa izin dalam bangunan tiga tingkat.

Penduduk berhampiran lokasi itu mendakwa nilai rumah mereka jatuh sehingga 25,000 pound (RM137,742) selepas rancangan berkenaan diumumkan. 

Pejabat Dalam Negeri Britain turut merancang untuk meningkatkan kapasiti Pusat Pemindahan Imigresen Campsfield House di Oxfordshire daripada 160 kepada 400 katil.

Kedua-dua pusat berkenaan akan digunakan untuk menempatkan pesalah warga asing dan individu yang melanggar undang-undang imigresen sementara menunggu proses pengusiran dari Britain.

Rancangan memperluas kedua-dua kemudahan itu dicadangkan ketika Parti Konservatif memerintah, dan kini diteruskan kerajaan Parti Buruh dengan anggaran kos 399 juta pound (RM2.1 bilion).

Penduduk Gosport mendakwa kehidupan mereka seolah ‘seperti neraka’ akibat kerja pembinaan yang berterusan selama dua tahun dan bermula sejak awal pagi.

Pusat pemindahan imigresen terbesar di Eropah ketika ini adalah Harmondsworth berhampiran Lapangan Terbang Heathrow, yang mempunyai kapasiti 676 tahanan.

Kerja pembangunan semula Haslar dilaksanakan secara berperingkat. Fasa pertama melibatkan kerja baik pulih bangunan sedia ada, manakala fasa kedua membabitkan pembinaan kemudahan penginapan baharu.

Fasa pertama akan menyediakan 130 katil dan dijangka siap menjelang musim luruh, manakala tahanan pertama dijangka mula ditempatkan di lokasi itu pada musim bunga 2027.- AGENSI

The post Haslar bakal jadi pusat tahanan imigresen terbesar Eropah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved