Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang masih menziarahi pusara Allahyarhamah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meskipun sudah lebih sebulan pemergiannya.
Tun M Zahir Ucapan Terima Kasih
Menerusi kenyataan bertarikh 4 November 2026, Tun Mahathir berkata beliau amat terharu dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus buat Allahyarhamah.
View this post on Instagram
“Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya.”
Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat kerap ke pusara dan bertemu dengan individu yang hadir menziarahi pusara isterinya.
Pemergian Tun Siti Hasmah
Tun Mahathir turut mengakui menerima banyak surat serta ucapan takziah daripada orang ramai, namun tidak berkesempatan untuk membalas setiap satunya.
View this post on Instagram
“Begitu juga dengan surat-surat, ucapan-ucapan takziah yang diterima. Saya tidak dapat nak jawab satu persatu.”
Katanya, beliau akan cuba menjawab segala ucapan dan mesej yang diterima mengikut kemampuan.
Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September 2026 di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun. Pemergiannya turut menerima ucapan takziah daripada pelbagai pihak, termasuk orang ramai yang menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangannya.
Kenyataan terbaharu Tun Mahathir itu turut memperlihatkan penghargaan beliau terhadap orang ramai yang terus mendoakan serta menziarahi pusara Allahyarhamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mengadu Tak Sihat, Tun Dr Mahathir Bergegas Pulang Sebelum Majlis Tahlil Isteri Tercinta
The post “Hasmah Dah Pergi Sebulan Tetapi.. ” – Tun Dr Mahathir Buat Hantaran Meruntun Hati, Ucap Terima Kasih Buat Rakyat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






