Dr. Mahathir terharu masih ramai ziarah pusara Allahyarham Dr. Hasmah

4 Nov 2026 • 2:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dr. Mahathir terharu masih ramai ziarah pusara Allahyarham Dr. Hasmah

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang masih menziarahi pusara isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, selepas lebih sebulan pemergian Allahyarham.

“Hasmah telah pergi lebih sebulan tetapi masih ramai yang menziarah pusaranya.

“Saya merasa amat terharu dan berterima kasih dengan kehadiran serta doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Dr. Mahathir turut memohon maaf kerana tidak dapat kerap menziarahi pusara isterinya dan bertemu dengan orang ramai yang datang berziarah.

Katanya, beliau juga tidak dapat membalas satu persatu surat dan ucapan takziah yang diterima.

“Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya.

Pada 28 September lalu, Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak. – UTUSAN 

The post Dr. Mahathir terharu masih ramai ziarah pusara Allahyarham Dr. Hasmah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved