Tun M terharu ramai ziarah pusara Hasmah

4 Nov 2026 • 2:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tun M terharu ramai ziarah pusara Hasmah

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas keprihatinan orang ramai yang tidak putus-putus menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata, meskipun pemergian isterinya sudah lebih sebulan, masih ramai yang hadir menziarahi pusara Allahyarhamah serta mendoakannya.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk kerap ke pusara isterinya dan bertemu dengan individu yang datang menziarah.

Menurutnya, beliau juga amat menghargai surat serta ucapan takziah yang diterima, namun tidak mampu membalas setiap satu secara peribadi.

“Saya cuba jawab seberapa mampu,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Dr. Mahathir sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kehadiran, ingatan dan doa yang diberikan buat Allahyarhamah Hasmah. – KOSMO! ONLINE

The post Tun M terharu ramai ziarah pusara Hasmah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved