Hasrat ibu mengandung naik kereta polis tercapai

18 Oct 2026 • 9:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hasrat ibu mengandung naik kereta polis tercapai

PETALING JAYA – Hasrat seorang ibu mengandung yang mengidam untuk menaiki kereta peronda polis akhirnya tercapai apabila warga Polis Daerah Seremban memenuhi keinginannya itu.

Momen istimewa itu menjadi kenangan manis buat bakal ibu berkenaan menjelang kelahiran cahaya mata pertamanya.

Perkongsian video berkenaan turut memperlihatkan keprihatinan anggota polis dalam menyantuni masyarakat, bukan sahaja menerusi tugas menjaga keamanan, malah dengan memenuhi permintaan orang ramai.

“Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mendoakan agar bakal ibu itu dipermudahkan segala urusan dan menyambut kelahiran bayinya dengan penuh kegembiraan,” menurut kenyataan rasmi Facebook PDRM hari ini.

Sementara itu, orang ramai turut tercuit hati dengan perkongsian tersebut dan meninggalkan pelbagai komen di media sosial.

“Semoga anak ini yang bakal dilahirkan menjadi seorang yang berjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat,” kata Matthew Tan.

“Terbaik la PDRM layankan adik comel mengidam..adoi nasib suami pon layan,” tulis Nor Afida.

“Mujurlah minta naik kereta polis. Dulu tak silap ada yang mengidam nak peluk navy,” komen Wan Zulhilmi. – KOSMO! ONLINE

The post Hasrat ibu mengandung naik kereta polis tercapai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved