Hasrat mahu tunjuk ikan dipancing kepada keluarga tak kesampaian, kanak-kanak 12 tahun maut dirempuh lori

24 Jun 2026 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hasrat mahu tunjuk ikan dipancing kepada keluarga tak kesampaian, kanak-kanak 12 tahun maut dirempuh lori
Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang baru pulang memancing berakhir dengan tragedi apabila maut dirempuh lori ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah pada petang Selasa.
Image from: Hasrat mahu tunjuk ikan dipancing kepada keluarga tak kesampaian, kanak-kanak 12 tahun maut dirempuh lori
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tiba-tiba berlari melintas jalan sebelum bergesel dengan sebuah Perodua Bezza.
Image from: Hasrat mahu tunjuk ikan dipancing kepada keluarga tak kesampaian, kanak-kanak 12 tahun maut dirempuh lori
Mangsa, Muzamir Mahadir, 12, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Image from: Hasrat mahu tunjuk ikan dipancing kepada keluarga tak kesampaian, kanak-kanak 12 tahun maut dirempuh lori
Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya dan dirempuh lori.

KOTA BELUD - Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang baru pulang memancing berakhir dengan tragedi apabila maut dirempuh lori ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Jalan Kampung Kesapang, mangsa, Muzamir Mahadir, 12, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tiba-tiba berlari melintas jalan sebelum bergesel dengan sebuah Perodua Bezza.

**media[3560909]**

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.

“Sebuah lori yang berada di belakang Perodua Bezza berkenaan gagal mengelak sebelum merempuh mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

**media[3560910]**

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beberapa saksi memaklumkan mangsa baru selesai memancing dan dalam keadaan gembira selepas berjaya memperoleh ikan.

**media[3560911]**

Mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kesapang dipercayai mahu menunjukkan ikan yang ditangkap kepada ahli keluarganya sebelum melintas jalan.

Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved