Hasrat tunjuk hasil pancing berakhir tragedi, kanak-kanak lelaki maut dirempuh lori

24 Jun 2026 • 5:01 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Lokasi kejadian kemalangan lori di Kampung Kesapang yang mengorbankan seorang murid selepas pulang memancing ikan

Hasrat seorang pelajar untuk berkongsi kegembiraan selepas berjaya menangkap ikan bertukar tragedi apabila dia maut selepas dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Kampung Kesapang, pada Selasa.

Mangsa, Muzamir Mahadir,12, difahamkan baru sahaja selesai memancing sebelum berjalan menuju ke arah rumah untuk menunjukkan hasil tangkapan tersebut kepada ahli keluarga. Namun, ketika melintas jalan, mangsa dipercayai telah dirempuh sebuah lori yang melalui kawasan berkenaan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata siasatan awal mangsa dipercayai tiba-tiba berlari ke arah jalan raya sebelum bergesel dengan sebuah Perodua Bezza dan terjatuh di atas jalan raya.

Baca juga:

Dalam pada itu, pihak sekolah mangsa menerusi satu kenyataan di media sosial menzahirkan rasa dukacita atas pemergian salah seorang murid mereka. Sekolah turut memohon orang ramai agar sama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham serta memberikan kekuatan kepada keluarga yang sedang berdepan ujian berat.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya ke atas Allahyarham serta menempatkannya dalam kalangan hamba yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran tersebut.

Pihak sekolah turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi detik sukar ini.

The post Hasrat tunjuk hasil pancing berakhir tragedi, kanak-kanak lelaki maut dirempuh lori appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved