Hasrat Sambut Aidiladha Tak Kesampaian, Pegawai Polis & Isteri Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat

27 May 2026 • 12:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, empat anak pasangan terbabit serta pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa yang terkorban ialah Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama isterinya, Nurulfiza Ardiana Amba, 46.

Image from: Hasrat Sambut Aidiladha Tak Kesampaian, Pegawai Polis & Isteri Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat

Menurut beliau, ketika kejadian pegawai polis terbabit bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Jempol, Negeri Sembilan.

Sebuah lagi kenderaan yang terbabit pula dinaiki pasangan suami isteri dari Gelang Patah, Johor menuju ke Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu pegawai polis terbabit dipercayai terbabas ke kanan jalan dan bertembung kereta dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, pasangan suami isteri terbabit meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Image from: Hasrat Sambut Aidiladha Tak Kesampaian, Pegawai Polis & Isteri Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat

Mohd Zaidi berkata, empat anak pegawai polis terbabit yang berusia antara 10 hingga 18 tahun serta pasangan suami isteri berusia 26 tahun yang menaiki sebuah lagi kenderaan turut cedera.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut dan isteri pemandu kereta terbabit sedang dirawat di zon kecemasan hospital berkenaan,” katanya.

Image from: Hasrat Sambut Aidiladha Tak Kesampaian, Pegawai Polis & Isteri Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

The post Hasrat Sambut Aidiladha Tak Kesampaian, Pegawai Polis & Isteri Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat appeared first on Borak Daily.