Hati Dah Tertutup! Siti Jamumall Nekad Tak Kembali Pada Aiman Tak Kesah

EntertainmentLifestyle
3 Jun 2025 • 1:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Siti Jamumall

Selepas berdepan penceraian buat kali kedua, usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall mendedahkan dia sudah tidak mempunyai sebarang niat untuk kembali kepada bekas suaminya, Aiman Tak Kesah.

Menurut laporan mStar, Siti atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin menyatakan bahawa dia kini lebih fokus untuk membina semula kehidupannya bersama anak-anak.

Saya cari diri yang dah lama hilang… sampai bila nak murungkan diri. Anak-anak perlukan saya.

“Tak ada lagi peluang untuk kembali…” – Siti Jamumall

image is not available

Dalam kenyataannya, Siti mengakui kini sedang menunggu tarikh keputusan mahkamah bagi pengesahan penceraian, namun tidak pasti sama ada talak yang dijatuhkan adalah dua atau tiga.

Untuk kembali bersama Aiman… mungkin tidak rasanya. Buat masa sekarang ni lebih baik fokus kepada diri dan anak-anak.

Aiman buat haluan sendiri

image is not available

Menurut Siti lagi, sepanjang krisis rumah tangga mereka, tiada sebarang usaha daripada pihak Aiman untuk memperbaiki hubungan, malah masing-masing kini lebih selesa membawa haluan sendiri.

Pssttt! Kadangkala, melepaskan lebih menyembuhkan daripada terus menggenggam yang menyakitkan. Utamakan diri dan anak-anak kerana ketenangan itu lebih berharga dari segalanya.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.