Hati-hati bila skipping

Health & Fitness
22 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Hati-hati bila skipping
Gambar: Public Health M'sia

LOMPAT TALI BERSAMA KAWAN-KAWAN, BANYAK MANFAATNYA!

Semalam, kita dapat lihat bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza mengalami kecederaan wajah ketika latihan lompat tali untuk Konsert Gema Bumantara.

Permainan yang mengingatkan kita kepada zaman sekolah ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat kesihatan.

Kajian menunjukkan senaman lompat tali boleh meningkatkan kecergasan jantung, kekuatan otot, koordinasi dan keseimbangan.

Apabila dimainkan bersama rakan-rakan, ada juga elemen kerjasama, interaksi sosial dan keseronokan.

Tetapi jangan lupa aspek keselamatan.

Kaki yang tersangkut pada tali boleh menyebabkan hilang keseimbangan dan jatuh. Jika wajah atau kepala terhentak kuat, kecederaan boleh menjadi serius.

Pengajaran daripada insiden ini bukanlah untuk takut bersenam, tetapi untuk bermain dengan lebih selamat.

Semoga TokTi terus sihat. Di sebalik persembahan hebat, ada latihan, usaha dan pengorbanan yang ramai tidak nampak.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved