JALAN-JALAN DENGAN SEPATU RODAKU…
AKHIRNYA SAMPAI KE JABATAN KECEMASAN
Nampak seperti kasut biasa.
Tetapi di bahagian tumitnya terdapat satu roda kecil yang membolehkan kanak-kanak meluncur di lantai pusat beli-belah, kaki lima atau kawasan permainan.
Seronok memang seronok.
Sehinggalah hilang keseimbangan.
Apabila badan mula terjatuh ke belakang atau ke sisi, refleks pertama manusia ialah menghulurkan tangan untuk menahan badan.
Tangan akhirnya menjadi “brek kecemasan”.
Sebab itu antara kecederaan paling biasa akibat kasut beroda ialah:
• Patah tulang pergelangan tangan
• Patah atau terkehel pada siku
• Kecederaan tangan dan lengan
• Luka pada kepala jika terhantuk
Dalam satu kajian di Singapura, 37 orang kanak-kanak mengalami kecederaan signifikan akibat menggunakan kasut beroda dalam tempoh tujuh bulan.
Tiada seorang pun memakai alat perlindungan ketika kejadian.
Satu lagi kajian merekodkan 67 kanak-kanak mengalami kecederaan ortopedik dalam hanya 10 minggu.
Sebahagian besar kecederaan berlaku ketika mereka masih baru belajar menggunakan kasut tersebut. Ada yang cedera ketika kali pertama mencubanya.
Masalahnya, kasut ini tidak selalu kelihatan seperti peralatan sukan.
Anak memakainya seperti kasut biasa, tetapi dalam beberapa saat, lantai licin boleh bertukar menjadi gelanggang skating.
Tidak semestinya perlu meluncur terlalu laju untuk mengalami kecederaan.
Cukup sekadar roda tersangkut, kaki terangkat secara tiba-tiba atau badan hilang keseimbangan.
Jika anak menggunakan kasut beroda:
Pastikan mereka memakai pelindung pergelangan tangan, pelindung siku, pelindung lutut dan helmet.
Belajar di kawasan rata, kering dan jauh daripada kenderaan, tangga serta orang ramai.
Elakkan meluncur di dalam pusat beli-belah atau kawasan yang mempunyai permukaan licin.
Dan paling penting, jangan anggap ia sekadar kasut.
Apabila rodanya digunakan, ia sudah menjadi peralatan sukan yang mempunyai risiko kecederaan.
Jalan-jalan dengan sepatu rodaku…
Jangan sampai perjalanan seterusnya menaiki kereta menuju ke Jabatan Kecemasan.
Sumber: Singapore Medical Journal dan jurnal Pediatrics. (PubMed)
#KeselamatanKanakKanak #CegahKecederaan #PublicHealthMalaysia
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


