“Hati Pun Sudah Tidak Ada Sepenuhnya Pada Yang Lepas..” – Nur Fazura

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fazura

Seorang individu baru-baru ini berkongsi perbualannya dengan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura, di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, individu itu meluahkan rasa sedih melihat Fazura menyanyi seorang diri di sebuah acara.

Saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi dalam hati berkata, kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyikan lagu itu tanpa setitis air mata pun.

Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata. Serius awak memang kuat. Semoga diberikan kebahagiaan.- Katanya, kagum dengan ketabahan Fazura.

Fazura harap peminat tak sedih…

image is not available

Fazura kemudian membalas mesej itu dengan mengatakan bahawa dia kini tenang dan sudah melepaskan masa lalunya.

Jangan sedih! Alhamdulillah hati pun sudah tidak ada sepenuhnya pada yang lepas. Saya gembira dan tenang sangat.- Balas Fazura.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji kecekalan Fazura dan mendoakannya agar kekal bahagia. Sebelum ini, tular video Fazura menyanyikan lagu “Bertahan Demi Cinta” – lagu duet bersama Fattah Amin yang dirakam ketika mereka masih bersama.

image is not available

#OhmediaNasihat

Berpisah bukan pengakhiran segalanya. Kadangkala, ia menjadi peluang untuk menemui ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar. Teruslah kuat dan ikhlas menghadapi cabaran hidup, seperti Fazura yang tabah dan tenang.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok