Fazura Lapor Polis Berkaitan Fitnah Seorang Wanita

8 Nov 2024 • 7:28 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Nur Fazura dilaporkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor hari ini berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram.


Bagaimanapun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.


Menurut sumber Harian Metro, Fazura hadir ke balai polis berkenaan bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah yang dibuat wanita terbabit terhadapnya.


"Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya," katanya. 

Terdahulu Fazura memuat naik foto sedang berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya berhubung perkara itu.


Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Fazura tidak menyatakan kehadirannya di balai polis terbabit. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa'afar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon wanita itu.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved