Fazura Hadir Ke IPD, Buat Laporan Polis Berkaitan Fitnah Di Media Sosial

Entertainment
8 Nov 2024 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura didakwa membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dipercayai memuat naik hantaran fitnah di Instagram.

Memetik laporan Berita Harian, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor pada Khamis dipercayai berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai fitnah daripada pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.

“Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’afar mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada pelakon wanita itu.

image is not available

Terdahulu, Fazura memuat naik foto berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya di Instagram Story namun tidak menyatakan sebab kehadirannya di balai polis terbabit.

Sebelum ini, nama Fazura kembali menjadi bualan hangat netizen susulan muncul dalam sebuah program televisyen Indonesia menyanyikan single baharunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta.

Korang rasa fitnah apa agaknya tu?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.