Hawa Rizwana Dilantik Sebagai Pengacara Baharu MeleTOP Menggantikan Tempat Neelofa

2 Nov 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hawa Rizwana kini muncul sebagai pengacara tetap MeleTOP. - Gambar Instagram

Pengacara jelita, Hawa Rizwana telah dilantik untuk menjadi pengacara baharu program hiburan sensasi terbitan Astro, MeleTOP.

Hawa membuat kemunculan rasmi sebagai pengacara tetap program itu pada malam Selasa lalu. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, Meletop telah dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Noor Neelofa sehingga tahun 2019 sebelum Neelofa membuat keputusan untuk berundur. 

Sepanjang tiga tahun sejak Neelofa meninggalkan Meletop, ramai selebriti telah diundang untuk menjadi pengacara bersama antaranya Elly Mazlein, Sherry Al Hadad dan Uyaina Arshad. 

Apa yang menarik perhatian ialah, wajah Hawa yang merupakan bekas pembaca berita itu sering disamakan dengan Neelofa. 

Jadi, pemilihan Hawa menggantikan Neelofa sekaligus mengundang persoalan netizen adakah dia dipilih kerana wajah mereka seiras? 

image is not available

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Hawa Rizwana. Semoga dapat mengendalikan program MeleTOP sebaik mungkin bersama Nabil Ahmad. – Getaran, 2 November 2022

View Original Article