Hawa Rizwana, hos baharu MeleTOP

Entertainment
2 Nov 2022 • 3:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SETELAH hampir tiga tahun pengunduran Neelofa daripada program hiburan popular, MeleTOP, kekosongan itu akihirnya diisi oleh Hawa Rizwana sebagai hos tetap bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Pengumuman tersebut dibuat secara langsung menerusi program MeleTOP pada malam Selasa, sekali gus menamatkan teka-teki ramai sebelum ini.

Bagaimanapun dalam masa sama, ramai peminat sudah dapat menjangkakan personaliti yang mempunyai wajah seiras Neelofa itu akan mengisi kekosongan tersebut.

Sejak Neelofa mengundurkan diri daripada program terbabit pada Disember 2019, MeleTOP tidak menemui hos tetap wanita sebagai pengganti, sebaliknya hanya menampilkan pengacara jemputan bersama Nabil setiap minggu.

Antaranya selebriti yang pernah tampil termasuk Elly Mazlein, Sherry AlHadad, Uyaina Arshad dan lain-lain.

The post Hawa Rizwana, hos baharu MeleTOP appeared first on Sinar Plus.