Hawa Rizwana Muat Naik Foto Kad ‘Will You Be My Bridesmaid’, Nama Nora Danish Dipetik Ramai? – “Warna Macam Warna Product Dia..”

EntertainmentLifestyle
22 Sep 2025 • 10:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pengacara dikenali ramai iaitu Hawa Rizwan memuat naik satu foto di laman Threads memaparkan satu kad yang menawarkan dirinya untuk menjadi ‘bridesmaid’ untuk seseorang’.

Dalam kapsyen yang ditulis, Hawa seakan-akan mengajak orang ramai untuk meneka siapakan individu yang bakal berkahwin selepas ini.

image is not available

Susulan itu, rata-rata netizen menghujani ruangan komen hantaran tersebut dengan meneka nama beberapa selebriti wanita.

Antara nama selebriti yang ramai petik ialah pelakon, Nora Danish ia kerana ada yang mendakwa warna tema majlis tersebut seakan-akan mengikut warna produknya.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meneka nama Bella Astillah tetapi ramai menafikannya.

Bagaimanapun, Hawa tidak memberi sebarang maklumat mengenai individu yang bakal berkahwin tidak lama lagi tersebut.

image is not available 2025-09-19 16:40:41

Netizen Mahu Boikot 'Dulang Girls' Amira Othman, Akhirnya Hawa Rizwana Respon - "Kalau Rasa Tak Suka, Jangan..."