Hebat Bella Astillah, malam nak bersanding siang masih kerja

LocalEntertainment
18 Oct 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hebat Bella Astillah, malam nak bersanding siang masih kerja

PETALING JAYA – Tidak mengenal erti penat, itulah yang boleh disimpulkan tentang pengantin baharu, Bella Astillah apabila dilihat masih bekerja di hari persandingan, hari ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dilihat sempat membuat persembahan di Ipoh, Perak sempena pelantikannya sebagai duta baharu sebuah klinik.

Video Bella di acara tersebut tular dalam media sosial dan rata-rata netizen memuji kesungguhannya dalam mencari rezeki.

“Malam ni ada majlis kahwin tau. Dia masih boleh bekerja. Memang gila Bella ni. Tak kenal erti penat,” komen netizen.

Malam ini akan berlangsung majlis resepsi pertama Bella dan suaminya, YB Syed Saddiq di MITEC, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi yang bakal dihadiri tetamu diraja, tokoh politik serta selebriti tanah air itu akan disiarkan secara langsung di televisyen menerusi saluran Astro.

Semalam turut berlangsung majlis berinai yang dihadiri keluarga terdekat pasangan mempelai dan sahabat handai.

Terdahulu Bella dan Saddiq selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118.

Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026. – KOSMO! ONLINE

The post Hebat Bella Astillah, malam nak bersanding siang masih kerja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved