Baru Dua Hari Kahwin, Syed Saddiq Dah Kembali Ke Parlimen

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Baru Dua Hari Kahwin, Syed Saddiq Dah Kembali Ke Parlimen

Baru dua hari bergelar suami, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali menjalankan tugas apabila dilihat hadir di Dewan Rakyat hari ini.

Kehadirannya menarik perhatian pengguna media sosial selepas beliau berkongsi gambar berada di dalam Dewan Rakyat ketika mengikuti ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Meneliti ucapan YB Ketua Pembangkang @hamzahzainudin di Parlimen,” tulisnya menerusi perkongsian tersebut.

Perkongsian itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi apabila seorang pengguna Threads membandingkan komitmen Syed Saddiq dengan pengalamannya sendiri ketika baru mendirikan rumah tangga.

“Ya Allah, aku dulu sebelum kahwin siap ambil cuti tahunan dua minggu sebab hendak menikmati fasa pengantin baru dan bulan madu. YB pula baru kahwin dua hari, hari ini sudah masuk Parlimen,” katanya.

Rata rata pengguna turut berkongsi pandangan masing masing mengenai komitmen kerja dan kehidupan selepas berkahwin.

“Rasanya dia simpan cuti untuk pergi umrah kot,” komen seorang pengguna, imah_ssan.

“Kahwin dengan ahli politik ini lain sedikit. Milik rakyat,” tulis ainamirah_96 pula.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, diari_ummi26, menjelaskan bahawa jadual kerja ahli politik berbeza kerana mereka bertugas mengikut sidang Parlimen.

“YB lainlah, dia kerja ikut sesi Parlimen. Ada cuti nanti hujung tahun boleh berbulan madu.

“Kamu semua kerja makan gaji, mana ada cuti panjang. Kena kerja sepanjang tahun. Memanglah ambil cuti tahunan masa kahwin,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dalam majlis akad nikah di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 10.41 pagi dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.

Baca juga:

Majlis pernikahan itu disusuli acara meraikan pasangan pengantin pada Ahad, sebelum Syed Saddiq kembali menjalankan tugas di Parlimen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved