Hebat Qistina Raisah, usia 18 dah beli rumah

4 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hebat Qistina Raisah, usia 18 dah beli rumah

BERDENTUMLAH media sosial dek pujian melambung buat pelakon remaja dan pempengaruh, Qistina Raisah selepas berkongsi kejayaan memiliki kediaman sendiri pada usia baru 18 tahun.

Dalam usia sebegitu, ramai masih sibuk mencari arah hidup, tetapi Qistina sudah mampu menggenggam kunci rumah hasil titik peluh sendiri.

Menerusi video ‘house tour’ dikongsinya, Qistina turut menitipkan harapan agar kediaman tersebut menjadi ruang penuh kasih sayang, ketenangan dan kenangan manis buat keluarganya.

Diva memang tabik hormat melihat anak muda sudah mula memikirkan masa depan, bukan sekadar mahu menghabiskan pendapatan dengan keseronokan sementara.

Memiliki rumah pada usia 18 tahun bukan perkara kecil kerana memerlukan disiplin, perancangan kewangan dan usaha berterusan. Apatah lagi kalau semuanya diperoleh hasil kerja sendiri, memang wajar diraikan.

Harap kejayaan Qistina menjadi pembakar semangat buat lebih ramai anak muda, termasuk Diva, supaya lebih bijak mengurus duit dan tidak hanya pandai mengurus kehendak.

DIVA: Setiap kali selesai acara anugerah, ada saja golongan ‘terpaling’ muncul dengan pendapat seolah-olah mereka duduk di kerusi juri.

The post Hebat Qistina Raisah, usia 18 dah beli rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved