Helikopter padam kebakaran hutan bertembung, dua maut

WorldEnvironment
3 Aug 2026 • 10:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter padam kebakaran hutan bertembung, dua maut

ATHENS – Dua individu maut selepas sebuah helikopter pemadam kebakaran meletup dan terbakar sejurus bertembung dengan sebuah lagi helikopter bomba di ruang udara kawasan kebakaran hutan di Greece, semalam,  lapor agensi berita Metro UK.

Kedua-dua helikopter sedang beroperasi dalam misi memadamkan api yang semakin merebak di wilayah Psatha, Teluk Corinth, barat Athens.

Berdasarkan rakaman video di tempat kejadian, salah sebuah helikopter dilihat menyentuh bilah kipas sebuah lagi helikopter di bawahnya, menyebabkan ia berpusing tanpa kawalan sebelum terhempas dan meletup.

Seorang juruterbang warga Britain dan kru warga Greece dilaporkan terselamat dalam insiden itu dan kini dirawat di hospital. 

Manakala dua mangsa yang terkorban disahkan sebagai juruterbang warga Denmark serta seorang pegawai perhubungan Jabatan Bomba Greece.

Laporan portal berita tempatan menyatakan, seorang kru yang cedera sempat berhubung dengan pihak berkuasa sejurus selepas kejadian. 

Sementara itu, operasi pencarian sedang giat dijalankan di kawasan lurah bukit bagi mengesan seorang lagi mangsa yang terputus hubungan akibat kerosakan alatan radio.- AGENSI

The post Helikopter padam kebakaran hutan bertembung, dua maut appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved